Want your
own Fotopage?






 
Wankuntum's FotoPage

By: Wan Kuntum

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Feb-2009 02:23 Email | Share | Bookmark
PAPA 1ST VISIT TO MALAYSIA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Entry kali ini adalah kisah-kisah kenangan pengembaraan pertama papa sepanjang berada di Malaysia.

29/1/09
Jam 16:50 papa tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah (AOR) ditemani oleh Mr. Murano. Dari kejauhan sudah nampak senyum riangnya...


Malamnya cikwan atur untuk dinner bersama papa di Samudera Restaurant. Malam ini juga merupakan pertama kalinya papa merasa makanan di sini.

Khas buat papa, cikwan order menu nasi putih berlauk;
1. Ikan Jenahak Steam
2. Udang Harimau Steam
3. Tom Yam Udang Harimau
4. Kangkung Goreng Belacan
5. Timun Sambal Belacan
6. Sup Campur
Selera papa makan...kasihannya papa tergigit cili padi dalam tomyam yg difikirkan ia daun bawang..kasihan papa...merah muka dan telinganya...



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
30/1/09
Hari pertama papa untuk melihat HQ ku di Jitra.

Seawal pagi papa sudah tercegat di hadapan lobby menantikan kedatanganku untuk membawa dia ke HQ, tapak projek dan felda chuping, perlis.

Waktu terlalu mencemburui cikwan...byk detik-detik yang cikwan tak sempat untuk rakamkan dek kerna mengejar ke sana ke sini. Hanya yang ada ini shj untuk dijadikan kenangan

Felda, Chuping, Perlis

Papa terkasima melihat akan ladang tebu yang kita punyai di Malaysia....!
Tidak putus2 dia snap. Kagumnya dia...BESAR! LUAS! CANTIK! Manakan tidak ladang tebu di japan kecil shj jika nak dibandingkan dengan di Chuping. Semua gambar ladang tebu dia nak tunjukkan pada sachou nya di japan.

Kami tidak boleh lama di ladang tebu kerna bersama2 kami bawa sampel untuk buat alcohol test di laboratory.

LAB APPARATUS


Di sebalik sampel terdapatnya sampel air tin nescafe original kami untuk di MINUM..!!!

Selesai di Felda terpaksa rushing ke Alor Star kerna bos pozi hendak belanja papa makan malam.
Kami ke Perindu Restaurant, restaurant kegemaran company kami tiap kali ada client mai di sinila kami akan entertain mereka.
Menu yg bos order utk papa mlm ni nasi putih bersama;
1. Ikan Kerapu sweet sour
2. Ikan Pari & merah bakar
3. Sotong bakar
4. Sup
5. Baby sawi steam
6. Satay ayam & daging
7. bla..bla..cikwan pun tak igt...thehehe...byk sgt bos order!

Memandangkan cikwan dressing ala2 sexy so photo kali ni tadakla....lagipun cikwan jadi paparazi mlm ni


Haaaaahhhhh.... kan cikwan kata da...restoren ni restoren kegemaran company...tuptup en.fuad dari perodua dtg menegur kami...katanya ada meeting dgn PISB...oh rupa2nya mlm ni ramai benar manager2 company kami bawa client mai makan sini


COO, PPSB=Murano san..kuat lantak dia nih...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
31/1/09

Golfing di DGCC...KELAB GOLF DARULAMAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1/2/09

Holiday in Penang
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2/2/09

Hari ini papa kerja seperti biasa. Masuk jam 8:00 am bersama-samaku. Papa terus dibawa ke tapak projek ku.

Amacam papa? Ok tak? Any problem?

Selesai inspection, papa ku bawa terus ke MAKER RECIPE SDN BHD...anak syarikat baru kami yang produce rempah CAP OLAH yang terletak di BUKIT KAYU HITAM...


Papa bersama staffs MAKER RECIPE SDN BHD... yang lain seme malu2 biawak...

Alang2 dah ke BUKIT KAYU HITAM...Cikwan lajakkan kereta ke DUTY FREE ZONE untuk papa window shoping and shoping...
Oooooo kan main lagi papa ek...nak beli rokok berkarton2....lastly ditegur cikwan...dia nak beli jugak....
" Papa kan nak balik dlm beberapa hari shj lagi? sempatkah papa untuk menghabiskan rokok2 ini dlm masa terdekat? Papa di japan, kastam kan tak bg bawa masuk rokok luar negara? hanya 10 kotak sahaja dibenarkan..." sapa ku pada papa lagi.
Papa jawab,"Oooooo ye ye...."
So papa pun tak jadik beli

Agak lewat jugak kami nak ambil lunch...punya la lapar kami dua ni...Terus cikwan bawa papa ke restaurant dlm proses mengenalkan makanan Malaysia..


Cuba teka papa makan apa? Selera tuh...!


Ini la menu makanan tengahari papa hari ni....!


Ini pula lauk kegemarannya....


HAHAHAHAHAAAA.....Papa pekena NASI KANDAQ tuuuhhhh! Dahsyat papa...dahsyat...! Suke betul dia...cikwan bagi dia makan burung puyuh goreng rangup...pergh diratahnya papa dengan tulang2nya...dengan air barlinya...Almaklum sekarang musim panas kemarau...kasihan papa....risau dia demam ja...
Papa makan sampai tak perasan orang lalu dah...!
Cuba tgk di tangan papa ada apa? Note! Dia sampai tulis dalam note perkataan N.A.S.I.K.A.N.D.A.R...dia kata balik japan nak cerita bgtau pada MAMA, SOGO, NANA DAN KANA ttg makanan ni...betapa sedapnya...WAZZIIIUMAKA....ITCHIBAN OISHII..
cikwan gembira bila tgk papa guuuummmmbira....Hilang segala risau...


Perjalanan kami balik ke Jitra. ternampak air kelapa. Sediamaklum dgn tekak papa..cikwan singgah untuk dapatkan air kelapa..
Papa siap suruh org tu tunggu dia nak ambil gambar masa org tu belah buah kelapa tu....
Suke tu....Kagum..semua ada pada papa...kami minum di situ juga untuk rasakan kesegaran air kelapa....


Tengokla papa minum...


Ya Allah...betoi ka papa yang pernah cikwan kenali ni???!!!


Sampai licin dibuatnya...papa...papa

Kami terus ke tapak projek semula... Balik ke Alor Star agak lewat hampir jam 20:00. Terus cikwan bawa papa dinner. Dia dapat tahu Malaysia ada Nasi Goreng..bagi dia cuba...Ini dia..sila...sila papa....dozo...



Papa bersama Lai Chi Kang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3/2/09

Monitoring projek seperti biasa.

Selesai kerja kami rushing ke KILANG GULA sekali lagi untuk buat ujian paras alkohol.

Papa masih dengan kameranya..tidak putus2 merakamkan kenangan di ladang tebu chuping








Test punya test sampai terlewat lagi untuk kami ambil lunch...
Cikwan bertanyakan pada guard Kilang gula, Di mana restoren yang best di sini? Katanya di Teratai Putih Restaurant...Hampir2 dengan Padang Besar...ok juga makanannya


Papa bersama menu tengaharinya di TERATAI PUTIH RESTAURANT...
Pergh harga dia bleh tahan...cikwan order ada dlm RM70 untuk 2 org...alah..janji puashati...

Selesai makan, kami balik semula ke kilang untuk berbincang dgn Puan Suzey. Dia memberikan cadangan supaya kami rujuk ke FERMPRO SDN BHD....

Malamnya papa Dinner di Star City Hotel
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4/2/09


Hari ni kami berdua punya VIVA. Turut hadir, bos pozi, nakai san and DATO ZIN (Managing Director)...Sedih cikwan takdpt perfom dgn baik....

Selesai VIVA, kami bergegas ke FERMPRO SDN BHD, tmpt yang dicadangkan oleh Puan Suzey. Bos-bos besar FERMPRO nak meeting salam kenal dgn cikwan and papa.

Di sini kami cuba pula test sampel di kilang ethanol yg satu2nya ada di Beseri, Perlis


Staff di Lab tersebut...bleh tahan canggih...! Sembang punya sembang rupanya technology US. En. Khairul bawa kami pusing2 kilang untuk melihat bagaimana penghasilan ethanol for food dilaksanakan dari penggunaan MOLASES....



Besarnya tong culture bacteria...perghhhh...! cikwan pun tadak pengalaman culture dlm tong besar gini...sebelum2 ni culture dlm tank sederhana besar untuk elak dari kerosakan semuanya...


Tank storage MOLASES....perghhhh...!

Selesai Meeting dan Lawat Kilang FermPro...kami bergegas ke Airport untuk fetch Dato Uehara... Sampai sahaja dia bunyi nak pergi tengok projek...





Malamnya kami Dinner di Sechuan Restaurant bersama bos pozi sebagai malam penutup dan malam perpisahan ku dengan papa. Kami berbincang sehingga jam 12am as resolution....

Papa akan berlepas ke KLIA seawal esok pagi bersama-sama Dato Uehara.

Dewa Mata papaaaaa......
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net